Thursday, July 8, 2010

Maya Karin, Icon cemarkan maruah mahasiswa?

8 Julai ,Universiti Malaya :Minggu Haluan SIswa (MHS)di dakwa terus tercemar dengan aktiviti tidak bermanfaat yang telah di susun sejak 5 hari yang lalu. , kali ini melibatkan artis sebagi icon kepada mahasiswa.

Di katakan artis Panas & kontrovesi dengan kes penceraiannya baru-baru ini , Maya Karin , akan menjadi duta program UMcare dalam MHS petang ini .

Program yang dijadualkan pada jam 5 petang ini akan di isi dengan aktiviti Sorak ( Sub Cheers) antara kolej-kolej kediaman, nyanyian dan perasmian UMcare .


Menurut maklumat yang di perolehi, Program yang akan berlansung di Padang Varsiti petang ini mendapat respon yang buruk daripada mahasiswa baru yang turut mempertikaikan penganjuran aktiviti berkenaan yang menjemput artis tersebut untuk menjadi duta, dan Icon kepada mereka.

Sepatutnya UM perlu menampilkan individu yang mempunyai kredibiliti dan hebat, sesuai dengan realiti suasana mahasiswa di Kampus yang penuh dengan tradisi ilmu dan kecemerlangan .

Tindakan menjemput Maya Karin yang sarat dengan isu-isu pribadi yang teruk ,lucah dan tidak bermoral adalah tidak wajar dan mencemarkan maruah Universiti pada pandangan masyarakat umum, bahawa kampus tertua ini lebih mengutamakan hedonisme ( hiburan) daripada mementingkan apsek etika, nilai jati diri , dan keilmuan. –Umtoday.

5 comments:

  1. Salam..

    Hedonisme atau budaya mencintai hiburan adalah suatu budaya yang merosakkan akhlak. Saya setuju sangat2 apabila ada dikalangan mahasiswa yang menyanggah konsep suka berhibur ini. Ini kerana taksub kepada perkara melalaikan adalah suatu yang ditegah didalam agama.

    Lagi satu, menjemput seorang yang mempunyai reputasi yang buruk adalah suatu perkara yang sangat mesti dielakkan bagi menjaga kredibiliti universiti dan nilai intelektual.
    Ini kerana jemputan universiti itu adalah lambang kepada sesebuah institusi itu sendiri.

    Dari sudut positif pula, jemputan artis seperti Maya Karin boleh dinilai dari sudut bahawa beliau ialah pencinta alam yang terkenal. Mungkin saudara/i penulis ini telah tersilap pandang apabila melihat maya karin sbg ikon negatif kepada mahasiswa. Saya yang juga bekas aktivis alam sekitar sangat menyanjungi penglibatan Maya karin dalam dunia alam sekitar ini. Beliau adalah artis yang paling aktif dalam pemuliharaan alam sekitar ini. Tanyalah pada diri sendiri apakah yang telah kita lakukan terhadap usaha memulihara alam sekitar ini?? Diharap kepada yang menulis artikel ini dapat bersangka baik dan berhati-hati dalam penulisan kamu. Menyerang hal peribadi adalah ditegah dalam Islam. Hal perceraian beliau adalah hak individu. Maka kita sesama islam ini haruslah sama-sama mendoakan agar beliau mendapat hidayah Allah..

    ReplyDelete
  2. salam, fakta 2 biar kasi btol skt. maya karin & suami ke mahkamah nk buat pengesahan perkahwinan yg die bt itali dlu. bknnye nk minta cerai. laen kali cek dlu bru nk tulis.
    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

    ReplyDelete
  3. Boleh percaya ke Kosmo?

    ReplyDelete
  4. boleh percaya ke UMTODAY? same je.

    ReplyDelete