22 Julai – YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi semalam meraikan majlis perkahwinan Ridzuan Muhammad, mantan YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi lepas (2008/2009).
Ridzuan juga bersama isteri beliau, Nurwairani Azyyati Mohd Azmin dilihat gembira dan ceria menerima kedatangan YB Saifuddin. Turut hadir dan kelihatan adalah beberapa orang rakan kedua-dua mempelai itu dalam majlis makan malam.
Pasangan itu telah diijabkabulkan pada 11 Julai yang lalu di tempat kelahiran Ridzuan, di Kelantan.
YB Saifuddi
n yang terkenal dengan buku ‘Kalau Saya Mahasiswa’ dan ‘Politik Baru’ bermula beberapa tahun lepas sentiasa mendampingi mahasiswa kampus terutamanya persatuan, aktiviti-aktiviti mahasiswa dan pimpinan. Kedatangan beliau ke majlis keraian pasangan ini dilihat satu tindakan yang sangat murni sebagai pemimpin negara.- UMtoday

Ridzuan Muhammad, mantan YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM)
ReplyDeleteaktivis ProMAHASISWA UM
Bagusnya Datuk Saifudin...inilah baru seorang menteri di malaysia..faham jiwa mahasiswa.
ReplyDelete