4 Julai , Petaling Jaya, 2.13 pm : Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) hari ini mengadakan sambutan bagi meraikan mahasiswa baru Universiti Malaya yang mendaftarkan diri.
Presiden PMIUM, Ahmad Syazwan bin Muhammad Hassan apabila dihubungi berkata sambutan yang diadakan oleh PMIUM ini bertujuan untuk meraikan kehadiran mahasiswa baru yang hadir dari seluruh pelusuk negara.
“Pada sesi kali ini kita mahu jalankan seberapa banyak program di lapangan kampus dan turun padang bersama-sama mahasiswa.”-ujarnya.
Ahli persatuan mahasiswa Islam tersebut berkumpul di pintu gerbang utama (arah Kuala Lumpur) sambil mengedarkan air mineral dan peta kampus.
Dalam pada itu, seramai 50 orang mahasiswi yang mewakili Hal Ehwal Mahasiswi (HEWI) juga turut bersama turun padang.
Apabila ditanya mengenai peratusan mahasiswi yang mendaftar, Timbalan Presiden PMIUM, Siti Nadzirah bt Majid mengatakan bahawa HEWI secara agresif turut bersama-sama meraikan kehadiran mahasiswi baru memandangkan 60% daripada kalangan mereka adalah mahasiswi.
“HEWI PMIUM kali ini mengharapkan agar sekurang-kurangnya kebajikan mahasiswi dititikberatkan oleh pihak universiti."-mahasiswakini
No comments:
Post a Comment