Sunday, July 4, 2010

MHS : Ibu bapa rasa lega.

4 Julai 2010 Lembah Pantai : Kebanyakan Ibu bapa dan mahasiswa baru memberikan respon yang baik terhadap sambutan hari pertama minggu haluan siswa sesi kali ini .

Mohd Ishak Maidin ,45, dari Johor merupakan bapa kepada mahasiswa jurusan Kejuruteraan melahirkan rasa gembira terutama ketika melihat kemesraan yang ditonjolkan oleh sukarelawan PMIUM yang menyambut mereka di pintu pagar universiti berkenaan sedikit sebanyak menghilangkan kepenatan beliau yang memandu semalaman.


“pak cik sangat tersentuh hati melihat gelagat mahasiswa yang menyambut kami di luar pintu pagar tadi, pakcik yang drive kereta dari johor semalam penat , lega terus melihat keriangan dan kemesraan yang di tunjukan anak –anak tadi “ –katanya .

Sebelah pagi tadi Sukarelawan PMIUM seramai hampir 70 orang telah membanjiri kawasan pintu pagar utama Kuala Lumpur (berhampiran masjid Ar rahman ) dan pintu masuk Petaling Jaya bagi menyambut dan meraikan kedatangan mahasiswa baru ke Universiti Malaya .

Mereka dikatakan turut memberi risalah mengandungi peta arah kolej kediaman serta air mineral kepada mahasiswa baru dan ibu bapa mereka.-UMtoday.

No comments:

Post a Comment