Tuesday, July 6, 2010

Beri tumpuan pada Kuliah & pelajaran.-Arsyad Ayub.

6 Julai , KUALA LUMPUR - Mahasiswa, terutama mereka yang baru menjejak kaki ke institusi pengajian tinggi hari ini, diingat supaya tidak mudah terpengaruh dengan keseronokan hidup di kota raya, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada kuliah dan pelajaran.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya (UM), Tan Sri Arshad Ayub berkata, lokasi kebanyakan universiti khususnya UM yang terletak di tengah ibu kota menyebabkan mahasiswa mudah terpengaruh dan terpedaya dengan keseronokan kota yang sia-sia


Beliau berkata, generasi muda masa kini lebih cenderung membuang masa dengan melepak dan berpesta sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penuntut harapan keluarga.

"Ini termasuk melepak di tempat berstatus tinggi seperti Starbucks, Hard Rock Cafe, Planet Hollywood dan banyak lagi kelab sosial yang boleh mengganggu tumpuan pengajian di universiti," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Haluansiswa dan Upacara Lafaz Akujanji pelajar baru UM di sini, hari ini.

Arshad berkata, kebebasan yang diperoleh semasa di universiti harus diurus dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.-UMtoday.

Sumber : Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment