Monday, July 5, 2010

Pro-M sembunyi mahasiswa di "markas".

5 Julai ,Petaling Jaya- Kenyataan yang dibuat oleh laman sosial "pro Student" semalam mendakwa bahawa Pro Mahasiswa Universiti Malaya (PRO-M UM) menggangu tugas Pembantu Mahasiswa (PM) .


Mereka mendakwa bahawa Pro-M telah mengganggu PM sentral yang dilantik oleh HEPA ketika menyambut mahasiswa baru dari Sabah dan Sarawak di KLIA yang bermula sejak 2 jun yang lalu dan membawa mereka (mahasiswa baru) ke "markas" mereka di sekitar petaling jaya.

Pro-Mahasiswa mula bergiat aktif dengan mengambil pelajar baru yang berasal dari Sabah dan Sarawak di LCCT dan membawa mereka ke Kolej-kolej Kediaman. Ada juga mahasiswa baru yang dibawa ke 'markas' mereka di sekitar Petaling Jaya.-kenyataan dipetik.

Walaubagaimanapun mereka mengakui tindakan Pro-M itu mempunyai niat baik kerana turut membantu, namun mereka mempersoalkan daripada aspek keselamatan kerana takut sebarang insiden yang tidak di duga akan berlaku terhadap mahasiswa baru. Ini kerana , mereka dan HEP bertanggujawab terhadap keselamatan mahasiswa berkenaan .

"Kami tahu mereka ada niat untuk membantu,tetapi sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku kepada pelajar baru ini,pihak HEP juga yang perlu bertanggungjawab,bukan mereka."

Mereka turut memperttikaikan tindakan Pro Mahasiswa yang sepatutnya meminta kebenaran Pihak Universiti (HEP) sebelum melakukan apa-apa tindakan.

"sekurang-kurangnya,beritahu pihak HEP untuk memberi kerjasama. dan tidak perlu sehingga membawa pelajar ke 'markas' mereka."

Pro-Mahasiswa merupakan satu kumpulan mahasiswa yang memperjuangkan kebajikan mahasiswa Universiti malaya . Mereka turut aktif dalam melibatkan diri dalam aktiviti kemahasiswaan di Kampus sejak 10 tahun yang lalu. -UMtoday.

No comments:

Post a Comment