
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, ketika bertitah pula menasihatkan pelajar yang baru mendaftar memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) supaya mengelak menyertai kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI) dan memberi sepenuh tumpuan kepada usaha menimba ilmu.
"Patuhi peraturan dikeluarkan pihak universiti dan pelajar diminta elak terbabit dalam kegiatan JI," titah baginda selepas berkenan berangkat di Majlis Sambutan Pelajar Baru Sidang Akademik 2010/2011, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) di Ulu Pauh, dekat sini, semalam.
Di SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) akan bertindak tegas memecat pelajar seniornya jika didapati terbabit dengan perbuatan membuli pelajar baru, kata Naib Canselornya, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan pihak berkaitan, terutama bahagian keselamatan UUM supaya sentiasa peka dengan perkembangan dalam kampus dan mengawasi pergerakan pelajar bagi mencegah perbuatan itu daripada berlaku.
"Kita tegaskan bahawa perbuatan membuli akan dikenakan hukuman berat di UUM dan jika terbukti bersalah kita akan terus pecat sesiapa saja yang terbabit.
"Saya berharap tindakan ini dapat membendung kejadian buruk daripada berlaku UUM. Kita tidak berniat untuk bersangka buruk terhadap pelajar, namun kita mesti beri ingatan sebelum kejadian ini berlaku dan menyebabkan pelbagai masalah lain, katanya.
Di KOTA BHARU: Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, menegaskan USM tidak akan berkompromi terhadap sebarang budaya ganas yang boleh mengancam keselamatan pelajarnya termasuk buli.
Dzulkifli berkata, universiti ini tidak ada pengalaman dalam sebarang kegiatan negatif seperti itu dan memberi jaminan suasana selamat dan harmoni sentiasa menjadi keutamaan USM, sesuai dengan pengiktirafannya sebagai Universiti APEX.
"Saya hendak tekankan di sini, bahawa secara tradisinya, di USM tidak ada kegiatan negatif seperti keganasan yang membabitkan isu keselamatan pelajar seperti buli dan bukan amalan kami membiarkan kegiatan mengancam pelajar berleluasa.
Sementara itu, Pentadbiran Kolej Ketujuh Universiti Malaya (KKUM) akan mengambil tindakan tegas terhadap Pembantu Mahasiswa (PM) dan Penyelia sekiranya ada di kalangan mereka mengambil kesempatan membuli mahasiswa baru sepanjang minggu orientasi universiti berkenaan bermula hari ini.
Sementara itu, Pengetua Kolej Ketujuh Universiti Malaya (KKUM), Profesor Dr Mohd Salleh Aman, berkata pembantu mahasiswa dan penyelia KKUM tidak dibenarkan mengambil atau menyimpan telefon mudah alih mahasiswa baru sepanjang minggu orientasi bermula hari ini bagi memudahkan mahasiswa yang dibuli melaporkan kepada ibu bapa pada bila-bila masa sesuai.-UMtoday.
Berita Harian.
No comments:
Post a Comment