Wednesday, July 21, 2010

Kenaikan Harga Barang Bebankan Mahasiswa


21 Julai, Kuala Lumpur : “Kehidupan seharian Mahasiswa terutamanya yang tinggal di luar kampus akan semakin membebankan dan kewangan Mahasiswa akan semakin menyusut.”, demikian kata Ahmad Syazwan Hassan, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya yang juga Mahasiswa Tahun Tiga Fakulti Ekonomi UM.

“Mahasiswa terutama yang menuntut ilmu di Lembah Klang dan bandar Metropolitan KL pasti akan menghadapi pengurusan kewangan yang semakin tinggi dengan harga makanan dan barangan yang semakin naik sekarang. Dengan keadaan ini, mahasiswa perlu bijak dalam menguruskan kehidupan seharian mereka selain perlu berjimat agar mempunyai sumber kewangan yang kukuh.”, ulas beliau lagi berkenaan isu kenaikan harga barangan yang diumumkan kerajaan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib 15 Julai lalu.

Kerajaan pada 15 Julai lalu mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 25 sen, diesel sebanyak 5 sen dan gas petroleum cecair (LPG) sebanyak 1 sen kepada RM 1.85 kilogram serta petrol RON 95 naik sebanyak 5 sen.

“Kami pasti akan menghadapi kesulitan kerana seperti kita yang kita lihat, Mahasiswa mempunyai kenderaan sendiri seperti motosikal dan kereta untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat dan kenaikan harga minyak pasti membuatkan pergerakan kami terbatas untuk menjimatkan penggunaan minyak dan kewangan kami.”, ujar Muhammad Rusydan Muhammad Ruslan, Mahasiswa Tahun Dua Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam UM.

Kenaikan harga barangan bukan sahaja akan membebankan kehidupan seharian mahasiswa tetapi juga seluruh rakyat di negara ini terutamanya golongan miskin dan golongan yang berpendapatan rendah.

1 comment:

  1. Mahasiswa masih menanti alasan menaikkan harga yuran kolej.
    Berkenaan yuran perpustakaan naik yang dipersoal oleh banyak pihak telah dapat diberi penjelasan, namun stakat ini masih belum memuaskan hati dengan alas an-alasan yang diberikan.

    ReplyDelete