Wednesday, July 7, 2010

Taklimat tertutup, Mikrofon tidak di sediakan, TNC doktrin J.Islamiyah (JI).

7 Julai ,Lembah Pantai : Taklimat khas oleh Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) diadakan dalam keadaan yang penuh “keraguan“ menjadi tandatanya kebanyakan mahasiswa semalam.

Taklimat yang diadakan di Dewan Tun Canselor dikawal dengan ketat daripada dimasuki oleh sesiapa kecuali Pembantu Mahasiswa , Freshies, dan HEPA sahaja yang dibenarkan.

Dalam taklimat tersebut juga, Freshies tidak dibuka ruang untuk berdialog dengan HEPA kerana tidak di sediakan mikrofon dalam dewan tersebut seperti program-program sebelum ini.

TNC HEPA Dato Azraei Ideris dikatakan mengambil peluang dan ruang taklimat tersebut untuk bercakap berkenaan Isu Jemaah Islamiyyah (JI).

“sekarang di Malaysia panas dengan isu JI, pesan saya pada semua khusunya perempuan kena berhati-hati, nanti akan ada "mereka" dikampus ni tarik perempuan dengan cakap “awak cantik”,kemudian akan direkruitkan menjadi ahli mereka “ ujarnya.
Taklimat tersebut diadakan sebagai sesi ramah mesra dan dialong antara freshies baru dengan pihak pentadbiran HEPA UM sendiri.

Taklimat yang bermula pada jam 9 pagi itu berkahir kira-kira jam 1.00 petang-UMtoday.

No comments:

Post a Comment