Tuesday, July 6, 2010

Pro M hormati gerak kerja PM- Saufie

6 Julai , Lembah Pantai : Pro Mahasiswa UM hari ini menyelar kenyataan laman sosial Pro Student yang dikatakan telah menfitnah mereka dengan tuduhan yang tidak berasas.

Menurut pengerusinya , Sdr. Mohd Saufie Jelaini , 22 , berkata , kenyataan fitnah yang dibuat tidak lebih hanya mahu mencipta persepsi yang buruk pada mata masyarakat awam khususnya mahasiswa Universiti Malaya terhadap Pro M.

"Ini semua fitnah belaka dan hanya mahu memberikan gambaran yang buruk terhadap pro Mahasiswa yang selama ini telah berusaha keras dalam menjaga kebajikan mahasiswa, fitnah ini di buat pada saya hanya untuk menimbulkan kerisauan dan ketakutan mahasiswa baru untuk menyokong agenda kebajikan yang kami bawa" -Ujarnya.

Beliau dalam masa yang sama menegaskan bahawa Pro-M tidak pernah merancang untuk melakukan aktiviti menyambut mahasiswa baru di KLIA yang bermula 2 jun yang lalu, apatah lagi mahu menganggu tugas mereka [pembantu Mahasiswa sentra (PM)] . Ini kerana mereka mahu menghormati gerak kerja yang telah disusun oleh Pentadbiran Universiti dan Persatuan anak Negeri Sabah dan Sarawak.

"Kami Pro-M lansung tidak pernah merancang untuk menyambut mahasiswa di sana bahkan kami menyokong sepenuhnya apa yang mereka ( MARSIS &; PM) lakukan di sana (KLIA), kami menyedari sudah ada pihak yang bertanggugjawab untuk mengendalikanya . Jadi secara rasionalnya buat apa kami sibuk mengganggu gerak kerja mereka" -tegasnya.

Dalam kenyataan lagi, beliau menggesa agar pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan ,supaya menarik balik kenyataan dan memohon maaf daripada pro-M terhadap kebiadapan mereka dalam menyebarkan berita palsu berkenaan.

Terdahulu, dalam satu Kenyataan yang dibuat oleh laman sosial "pro Student" semalam telah mendakwa bahawa Pro Mahasiswa Universiti Malaya (PRO-M UM) menggangu tugas Pembantu Mahasiswa (PM) .

Mereka mendakwa bahawa Pro-M telah mengganggu PM sentral yang dilantik oleh HEPA ketika menyambut mahasiswa baru dari Sabah dan Sarawak di KLIA yang bermula sejak 2 jun yang lalu dan membawa mereka (mahasiswa baru) ke "markas" mereka di sekitar petaling jaya-UMtoday.

No comments:

Post a Comment