Sunday, July 4, 2010

Provokasi Jahat , halang sukrelawan PMiUM bertugas..

4 Julai 10 Lembah Pantai 3.00 pm : Kecoh apabila berlaku pergaduhan antara sukarelawan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) dengan pegawai keselamatan UM di hadapan pondok keselamatan pintu pagar Petaling Jaya semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu berpunca apabila pihak keselamatan UM mendapat arahan daripada Dato Azaraie Idris ,Tim. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) [-gambar-] agar memberi arahan kepada sukarelawan PMIUM supaya berhenti daripada melakukan aktiviti menyambut mahasiswa baru di luar pintu pagar berkenaan.



Beliau (TNC HEPA) dikatakan turun sendiri bersama 3 pegawainya yang lain bagi memastikan arahanya dituruti pengawal yang bertugas.

Sebaik sahaja beliau tiba di tempat kejadian , seorang mahasiswa yang merupakan sukarelawan PMIUM tahun ke-2 telah dimarahinya dan mengugut mahasiswa berkenaan untuk mengambil tindakan sekiranya tidak mahu berhenti daripada melakukan aktiviti tersebut.

Dikatakan mahasiswa berkenaan tetap bertegas mahu meneruskan aktiviti berkenaan yang pada awalnya telah mendapat kebenaran pihak keselamatan yang bertugas di pondok tersebut.

Dato TNC dikatakan menghalang aktiviti PMIUM tersebut kerana menganggu perjalanan minggu haluan siswa dan menyebabkan kesesakan lalu lintas .

Semalam Sukarelawan PMIUM seramai hampir 70 orang telah membanjiri kawasan pintu pagar utama Kuala Lumpur (berhampiran masjid Ar rahman ) dan pintu masuk Petaling Jaya bagi menyambut kedatangan mahasiswa baru ke Universiti Malaya .

Mereka dimaklumkan turut memberi risalah mengandungi peta arah kolej kediaman serta air mineral kepada mahasiswa baru dan ibu bapa.

Diberitakan pada sesi kali ini lebih kurang 4000 mahasiswa baru telah berjaya mendaftarkan diri ke kampus yang penuh kontroversi berkenaan.

Mereka bakal menjalani Minggu Haluan Siswa (MHS) selama satu minggu,bermula dari 4 Jun sehingga 9 jun 2010. –Umtoday.

No comments:

Post a Comment