Saturday, July 10, 2010

DTC UM seperti disko!.

Oleh : Muhammad Saufi bin Jelani*

Hari ini, genap seminggu mahasiswa baru Universiti Malaya mengikuti Minggu Haluan Siswa. Dan hari ini juga merupakan hari terakhir minggu orientasi tersebut. Sepanjang minggu ini juga jiwa dan perasaan saya kacau memikirkan ‘nasib’ adik-adik yang berada dalam ‘tahanan hedonisme’. Kasihan. Mungkin mereka senasib dengan saya seperti suatu masa dahulu atau lebih lagi.

Belum pun genap seminggu minggu orientasi, sudah bertalu-talu mesej yang dihantar oleh adik-adik. Kebanyakan daripada mereka adalah junior ketika di program asasi Nilam Puri. Ada yang bernada terkejut, risau, sedih malah ada juga yang menyatakan mahu pulang ke rumah. Namun, saya hanya membalas, ‘biasa saja tu’.

Tetapi, di antara mesej-mesej yang dihantar kepada saya, ada juga yang luar biasa. Saya terkejut apabila ada mahasiswa yang baru sahaja saya kenali ketika beramah mesra pada hari pertama MHS memberitahu saya :

“Bang, saya rasa DTC UM sudah seperti DISKO!”

Melampau. Benci. Meluat. Mahasiswa tersebut meluah rasa.

“Saya rasa menyesal menerima tawaran UM. Saya assume universiti ini adalah antara universiti terbaik yang mementingkan keintelektualan, rupanya tidak!”

Saya mendapat tamparan hebat. Saya sudah mengagak bahawa MHS kali ini lebih teruk berbanding dahulu. Para ‘tahanan’ bagai dipenjara dengan ‘penjara hedonisme’. Mereka dihidangkan dengan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah dan langsung tidak dilayan seperti mahasiswa.

Saya sudah meluat untuk berulang-kali menyebut mengenai cheers, stupid debate, pertandingan ‘baling bantal’, teka-teki gosip artis dan pelbagai aktiviti lain. Mengapa hingga sekarang pihak pentadbiran universiti masih mendiamkan diri dan membenarkan aktiviti ’sampah’ ini dijalankan?

Cuba anda bayangkan, bagaimana pertandingan-pertandingan sebegini diadili oleh seorang artis? Ini Universiti Malaya atau Akademi Fantasia? Bagaimana minggu orientasi sebuah universiti sama seperti program ujibakat program realiti di tv?

Tentu para ibu bapa begitu gembira menyambut khabar tawaran kemasukan anak-anak mereka ke universiti ini. Sudah tentu juga ibu bapa turut menyimpan harapan dengan berakhirnya tempoh pengajian mereka nanti anak-anak mereka sudah tersedia menjadi pemimpin-pemimpin masa depan.

Malangnya, belum pun sampai 1 semester, para mahasiswa sudah didoktrin dengan pelbagai aktiviti hiburan yang menjadi rutin harian. Para ibu bapa, tahukah pada masa ini intelektual sudah dibunuh?

Tidakkah sepatutnya budaya intelektual dijulang tinggi oleh universiti? Tidak cukup universiti hanya menyediakan para pensyarah berkualiti lulusan doktor falsafah atau ijazah. Tidak cukup juga hanya menyediakan bilik kuliah kondusif dan dilengkapi teknologi. Universiti seharusnya menyediakan pendidikan setaraf dengan daya fikir, daya inovasi dan daya keintelektualan mahasiswa.

Saya memetik kata-kata Dato’ Saifuddin Abdullah :

“Kita juga berusaha mewujudkan iklim yang kondusif untuk membangunkan intelektual dan meningkatkan peranannya. Antaranya ialah melonjakkan budaya ilmu, menggalakkan debat, merancakkan penyelidikan dan memperbanyakkan penulisan.”

Persoalannya, di mana?

Kepada Kementerian Pengajian Tinggi, para pemimpin negara, para ibu bapa dan seluruh masyarakat, jika ‘penjara hedonisme’ ini berterusan tunggulah saat tiba masanya kehancuran bangsa dan negara!

*Penulis merupakan mahasiswa Tahun 3 Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Ketua Pengarah Exco Patriotik dan Kenegaraan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) merangkap Pengerusi Pro-Mahasiswa.Oleh : Muhammad Saufi bin Jelani*

*Mahasiswakini.com.
____________________________
*Penulis merupakan mahasiswa Tahun 3 Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Ketua Pengarah Exco Patriotik dan Kenegaraan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) merangkap Pengerusi Pro-Mahasiswa.

3 comments:

  1. inilah sebabnya adanya perjuangan mahasiswa Islam sejak dahulu hinggaakan datang....teruskan perjuangan.....

    ReplyDelete
  2. UM baiki la. Korang ni.

    Mula-mula dia ajar korang buat demo, masa MHS.

    Lepas tu masa PRK diorang suruh pak Guard ajar kamu realiti berdepan dengan polis bila berdemo.

    Dan kalo masuk mahkamah U , tu diorang nak ajar kamu pengalaman berdepan dengan perbicaraan lah.

    Tipu je tu, UM sedang mengajar. Korang tak sedar ke?

    hak3..

    ReplyDelete
  3. xkan nak ajar diorg menentang UM lak masa MHS?
    tu norg la yg ajar nnt kan. hahahah.

    ReplyDelete